|
Berkubang Dalam Kubang Kerbau |
Lepas Satu, satu kerja yang aku lakukan tapi semuanya adalah permainan bagi aku masa itu. Tidak kira tempat atau apa juga keadaannya. Lopak air tempat Kerbau berkubang pun jadi, janji aku seronok. tidak peduli ular atau lintah yang ada dalam lumpur tersebut. Di kawasan paya terbiar berhampiran kampung adalah tempat mainan aku beserta beberapa orang kawan termasuk Jantan Hitam. Selain dari permainan itu permainan lain seperti perang menggunakan senapang peluru terung pipit turut menjadi pilihan. Habis papan seta kayu yang disimpan di bawah rumah kena tarah untuk dijadikan senapang. Aku belajar dari Jantan Hitam cara cara mengukir papan atau kayu untuk dijadikan senapang mainan.
|
Senapang Kayu |
Beberapa batang pokok terung pipit menjadi togel kerana kami berebutkan
buahnya untuk dijadikan peluru senapang mainan kami. Ada kalanya kami
berkelahi kerana berebutkan buah terung pipit tersebut. Habis segala semak serta belukar kami terokai tanpa rasa takut serta bahaya yang bakal mendatang.
|
Bedil Buluh |
Puas bermain senapang, aku belajar membuat bedil buluh pula dengan jantan Hitam. Rumpun buluh cina di hujung kampung menjadi saksi permainan aku. dan bekalan buluh cina yang sesuai untuk di jadikan buluh bedil senang diperolehi. Kegiatan kami budak budak lelaki berkisar dalam suasa kampung dan lebih kepada aktiviti lasak. Banyak pokok buluh yang dicantas dan dijadikan bedil berpelurukan buah cenderai. Buah cenderai banyak terdapat di sekitar kampung aku dan sekiranya masak buahnya itu boleh di makan. Bergasak lah kami setiap hari dari balik Sekolah hinggalah ke petang baru kami pulang ke rumah masing.
|
Costume Batman |
Dalam pada masa yang sama terdapat mainan baru dicipta termaksik lah Batman. Bukan sekadar mainan malah ianya betul betul menguji minda dan kekuatan fizikal. Batman adalah satu watak sepanjang zaman yang tidak pernah luput. Buku komik karikator Batman berbahasa inggeris sentiasa ada dalam gengaman. walaupun Jantan Hitam tidak tahu membaca tetapi dia memang ada menyimpan banyak buku buku komik semasa pada masa itu. Suatu hari dia menunjukkan sesuatu kepada aku berkenaan apa yang dia telah buat di rumahnya. Costume Batman yang di buat dari kertas tebal dan kain hitam telah siap dan dia bersedia untuk memakainya dihadapan kami semua. Aku sungguh teruja dan menggangapnya dia lah paling hebat. Selepas mengenkan costume tersebut dia terus melakukan beberapa aksi hebat seperti melompat, bergayut dan sebagainya. dan akhirnya dia memanjat pokok belimbing tua di hadapan rumah dengan ketinggian lebih kurang 15 kaki lalu terjun ke tanah.
|
Aksi Aksi Hebat Batman |
Memang hebat dan penuh dengan keterujaan. Mulut kami semua melopong melihatkan aksi hebat dari beliau. Apabila jatuh sahaja ke tanah tiba tiba beliau menjerit kesakitan dan tidak boleh bangun kerana kaki beliau terseliuh dan bengkak. Semasa itu ibu beliau ada di dalam rumah dan berlari keluar bagi melihat keadaan yang terjadi. Kaki Jantan Hitam akhirnya di urut dan pulih kembali selepas beberapa hari. Aku juga inginkan Costume yang sama seperti yang di buat oleh Jantan Hitam sebelum ini. Aku membawa Kertas, Gunting, Kain serta beberapa peralatan lain ke rumahnya. Dan beberapa hari aku melepak dan belajar membuat Costume dengan beliau. Setelah siap, kami berdua berjalan lah dengan bangganya mengelilingi kampung dengan mengenakan costume batman kami. Budak budak kecil yang tidak pernah melihat orang berpakaian seperti itu akan meraung ketakutan tatakala melihat kami berjalan berhampiran mereka.
|
Buku Komik Batman |
bro,
ReplyDeletejantan hitam ni seorang artis..
masalah nye satu saja ..beliau tak dapat bayaran.
Artis serta idola semasa tu bro....
ReplyDeleteFuyooo~....bedil buluh tu. Aku ingat lagi kecik2 dulu aku banyak buat benda tu. Buat 2-3 batang buat spare haha. Kat sini tak ramai yang pakai peluru buah cenerai. Disebabkan lada hitam memang top kat sini & mudah diperolehi maka itulah yang jadi 'Peluru Pedas' kitorang haha :P
ReplyDeleteNice entry bro. I loike~
Hehehe.... Buah lada memang pedih kalau kena mata...hahhahahaha... kl buah cenerai nie pakaian memang habis lah kena getah...
ReplyDelete