Telah sekian lama aku tidak menyambung cerita. Hampir setengah tahun rasanya. Kehidupan harian yang terlalu sibuk tidak mengizinkan aku menulis. Aku cuba juga menulis tapi hampa belaka. Semenjak aku membuat keputusan paling besar dalam hidup ku dari bermula tahun 2013 aku sememangnya berserabut dengan bermacam macam perkara yang tidak diduga kehadiranya.
Kita sambung sedikit lagi bab kehidupan kecil ku di peringkat Sekolah Rendah. Permulaan tahun 1975 iaitu tahun peperiksaan Penilaian Darjah 5. Aku sememangnya tidak peduli akan kehadiran peperiksaan tersebut. Aku anggap seperti peperiksaan biasa sahaja yang tidak menjaminkan apa apa perubahan dalam diriku. Aku masih sibuk bermain dan terus bermain. dan pada hujung minggu sahaja adalah merupakan sesuatu keseronokan yang bakal aku nikmati.
Semetong laluan air melalui bawah Jalanraya |
Aku mula berjinak belajar main judi secara kecil kecilan dalam semetong / Kolong air. Asal malam sahaja aku dengan beberapa orang kawan lain seperti Jantan Hitam, Kama, Lachik, Tarok, Popun mulalah masuk ke dalam kolong untuk bermain judi. Taruhan cuma duit syiling tapi jumlah akan meningkat sehingga berpuluh ringgit. Main 'PAY' dengan menggunakan daun terup yang dibeli di kedai 'PANJANG' di pekan Karak. Jika kami bermula pukul 7 malam, ianya akan berlarutan hingga ke pukul 3 pagi. Begitulah seterusnya hingga beberapa lama aku sendiri tidak pasti. Emak dan Abah tidak bertanya atau tidak ambil tahu lagi berkenaan diri aku. Aku Pun sudah lali dengan penampar dan rotan di segenap badan aku ini. Sebenarnya aku ada lubang rahsia dari bawah rumah untuk terus ke bilik aku tanpa diketahui oleh sesiapa. Andai aku balik lewat pun tiada sesiapa tahu aku lolos dari lubang tersebut.
Meletak papan sebagai tempat duduk bagi tujuan berjudi |
Pada hari hari biasa selepas waktu sekolah selalunya aku melepak dalam semak semak berhampiran kampung yang mana spot spot tersebut dilengkapi beberapa peralatan seperti atap dan lantai tempat kami berlindung pabila hujan. Dalam masa yang sama aku belajar dari Jantan Hitam mengintai orang mandi. Hehehehehe... best gak........ Orang perempuan kampung mandi di kolam yang tidak ada penghadang, cuma dikelilingi belukar. Maka ramailah Perempuan kampung yang di intai oleh mata yang nakal. Aku tidak boleh mencetuskan provokasi pada tulisan aku ini takut ada yang tersinggung atau yang malu nanti. Maaf kan aku kerana perbuatan aku. Boleh dikatakan selalu juga perbuatan itu aku lakukan bersama beberapa orang kawan lain. Sehingga senja baru aku keluar dari sarang persembunyian aku. Ular, Lipan, Kala Jengking aku tidak takut lagi dan menjadi hiburan kepada ku.
Kini Peperiksaan Penilaian Darjah 5 telah bermula dan aku menjawab kertas peperiksaan dengan tenang disamping menjeling ke arah pintu pagar sekolah. Jantan Hitam masih setia menunggu aku pulang dari sekolah. Setelah tamat peperiksaan selama seminggu aku rasa kebebasan yang teramat sangat. Aku keluar rumah sesuka hati dan balik pun sesuka hati aku. kemana sahaja aku akan pergi bersandarkan sebuah basikal kepunyaan Jantan Hitam.
Akhirnya keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah 5 keluar. dan masing masing dengan andaian tersendiri. semasa perhimpunan pagi Isnin di sekolah beberapa orang dipanggil ke hadapan bagi penyampaian keputusan cemerlang yang diperolehi. Aku termasuk dalam senarai yang di panggil. Aku tersengih sengih semasa berada di hadapan perhimpunan. Dengan keputusan 4A 1B aku menjadi perhatian guru guru di sekolah tersebut. Cuma aku tidak pasti kenapa Abah dan Emak aku bersikap dingin dan tidak mengambil hirau dengan keputusan yang aku perolehi. Pelik tapi benar.
Biar lah apa yang berlaku, bukan menjejaskan aktiviti harian aku pun. Cuma satu yang aku pelik. kenapa adik lelaki dan abang ada seluar panjang utuk jalan jalan sedangkan aku cuma ada seluar pendek lusuh sahaja. Adakah Ayah dan Emak ku mengamalkan double Standard?.... entah lah... sampai kan hari raya pun aku tiada pakaian raya . Aku pernah terikir yang aku ini adalah seorang anak angkat.
Kini bermula cuti akhir tahun. Banyak aktiviti yang bakal aku laksanakan. Emak aku membawa adik beradik yang lain menziarahi adiknya di Kuala Lumpur. Aku ditinggalkan sendirian bersama Abah. Aku tidak tahu kenapa, yang pasti adik lelaki aku cakap aku tiada baju jalan sebab itu aku tidak boleh ikut. Aku tidak peduli, Jantan Hitam kan ada, dia lah yang menjadi penghibur aku dah sahabat semasa kesedihan melanda diri ku.
Aku masih ingat pada suatu ketika Jantan hitam menyuruh aku menulis surat kepada seorang gadis untuk menyatakan isi hatinya terhadap gadis yang di pujanya. Aku pun menulis mengikut apa yang di suruh dan menghantarnya sendiri pada waktu malam. Dan selepas itu surat tersebut mendapat balasan dan menyuruh aku membacanya. Apa yang aku ingat isi kandungan surat tersebut menyatakan gadis tersebut tidak suka dengannya kerana Jantan Hitan seorang yang HITAM dan tidak bersekolah. Juga gadis tersebut memohon agar tidak menganggunya. Dari apa yang aku ketahui, gadis tersebut telah berkahwin dengan seorang India Muslim. Dengan perasaan marah dan bercampur kecewa Jantan Hitam mengatakan aku menipunya tapi aku eja kan satu persatu ayat pada kertas tersebut sehingga habis.
Ada juga kalanya aktiviti aku menjangkau ke Kampung kampung lain berhampiran. Budak budak kampung lain semuanya tidak berani angkat muka dengan Jantan Hitam. Siapa berani marah atau mengejek memang makan penampar Tamil jawabnya. Ada penjual ais krim chalong kena paw, penjual roti pun kena paw. penjual daging babi yang masuk ke kampung cina sebelah pun kena paw juga. agak mewah juga kehidupan aku semasa berkawan dengan Jantan Hitam. Aku tidak susah cuma ikut sahaja dia.Aku langsung tidak gentar berdepas sesiapa dengan adanya dia di sebelah ku. Anjing anjing yang menjaga dusun cina semuanya mati kena racun...
bro,
ReplyDeletekenape dengan DNA...
jauh sangat dari dunia pancing
Bang, mana ikan haruan nya? Tiba2 masok bab sains tingkatan 3. Fenin...fenin...
ReplyDeleteHeheheheh... Sabar ye kawan kawan... mintak sedikit masa untuk sambungan episod seterusnya...
ReplyDelete