Aktiviti harian aku tidak terhenti setakat itu sahaja malahan bertambah tidak terkawal lagi apabila aku naik ke Darjah 4. Aku mula belajar merokok. Ini adalah disebakan Aku berkawan dengan Jantan Hitam yang memang seorang perokok waktu itu. Banyak jenis rokok putih yang aku cuba diantaranya ialah MOORE, White Horse, 555, Benson & Hedges, Rough Rider, Craven A, Gold Leave, Torchlight, Signal, Pall Mall, Camel, Double Ace, Capstan, Player's dan berbagai jenis jenama lain lagi. Balik dari sekolah aku pergi bermain dan rokok serta makanan lain di spoonser terus oleh Jantan Hitam. Memang senang dan mudah untuk membeli rokok ketika itu. Pada awal pembabitan aku dengan rokok adalah secara sembunyi sembunyi dan hanya diketahui oleh rakan rakan sebaya dan sepermainan yang lain. Sehinggalah kegiatan aku dapat dihidu oleh guru Bahasa Inggeris aku iaitu Cikgu Halimi. Aku sememangnya takut dengan Cikgu Halimi, Kalau melakukan kesalahan Beliau akan mencubit dan memulas perut dan ada yang sampai terkencing dalam seluar disebabkan menahan sakit. Memang menyakitkan jika terkena denda tersebut. Cikgu Halimi memanggil aku dan bertanya tentang kebenaran aku menghisap rokok. Aku jadi serba salah dan terpaksa menjawab apa yang betul. Dia tidak mengambil apa apa tindakan sebaliknya cuma menasihati aku sahaja agar berhenti merokok. Sebelum itu Beliau juga telah tahu aktiviti "PENDAJALAN" aku terhadap beberapa orang kampung sebelum ini, mungkin sekiranya beliau menghukum aku, aku dengan beberapa penyamun kampung akan mengambil tindakan yang sama terhadap beliau. Beliau juga tidak Memanjangkan perkara tersebut kepada Bapa ku. Cuma selepas itu Beliau sangat baik dengan aku. Begitu lah seterusnya setiap hari dan menjadi rutin harian ku selepas sekolah aku keluar bermain dan akan pulang ke rumah apabila waktu magrib menjelma.
Antara Jenama Rokok Pada Waktu Tersebut |
Pada masa yang sama juga aku masih mengabaikan pelajaran ku. Cuma yang aku buat ialah kerja kerja sekolah yang diberikan sahaja. Kekadang siap dan kekadang tidak. Aku malas untuk belajar. Aku lebih minat bermain dan banyak kali aku dimarahi oleh Ibu Bapa ku sehingga lah peperiksaan pertengahan tahun. Aku menduduki peperiksaan pertengahan tahun dengan tenang dan tanpa sebarang masalah. Pada masa peperiksaan berlangsung aku sendiri tidak pasti semua soalan yang diberikan itu aku jawab dengan betul. Aku hentam sahaja mana yang aku rasakan betul. Aku gila hendak bermain dan aku rasakan ingin keluar sekolah dengan cepat setiap hari. Jantan Hitam yang menunggu ku di luar pagar sekolah setiap hari menjadikan aku semakin aggresif.
Setiap hari Ibu Bapa ku berleter dan rasa jemu menjadi jadi disebabkan leteran tersebut. Aku tidak ambil kesah dan peduli dengan semua itu, Aku memang kuat melawan kedua Ibu Bapa ku, ada sahaja alasan aku agar aku lepas dari mentelaah buku pelajaran. Api pelita yang malap setiap malam menyebabkan aku cepat mengantuk dan tiada TV sebagai tontonan hiburan. Aku cepat lena dibuai mimpi setiap malam setelah kepenatan bermain seharian. Bangun pagi aku ke perigi sambil mencedok air sejuk untuk mandi lantas ke sekolah sambil berjalan kaki selama setengah jam. Begitu lah rutin harian ku setiap hari.
Keputusan peperiksaan aku keluar dan guru kelas aku mengumumkan keputusan tersebut dengan senyuman. Ketika itu aku di suruh berdiri dan Guru kelas sambil mengucapkan tahniah kepada aku kerana berjaya menduduki tempat pertama dalam kelas dengan mendahului pelajar pelajar lain. Budak budak lain semuanya bising dan tidak percaya dengan keputusan tersebut termasuklah aku sendiri. Perasaan KANYO aku mulalah menyelubungi muka aku ketika itu. Aku dijadikan contoh pada masa tersebut. Aku jadi buah mulut seluruh kampung. Lebih lebih lagi aku dapat menewaskan kawan aku sendiri seorang pelajar pintar di sekolah iaitu Suhaimi. Aku semacam tidak percaya dengan semua itu. Aku tidak mengulangi pelajaran di rumah seperti Suhaimi, Aku tidak minum tonik Chap Gajah seperti Suhaimi, Aku... Aku.... Aku.... semuanya tidak.... tapi keputusan memang berpihak kepada aku ketika itu. Ibu Bapa aku seperti biasa tanpa reaksi berbeza dan tiada hadiah untuk aku tatakala mendapat berita tentang keputusan aku itu. Aku tidak kesah semua itu kerana aku anggap keputusan tersebut tiada bedza dengan sebelumnya.
Tonik Chap gajah |
bro..
ReplyDeletekira nye lu budak pandai..
tak belajar pun masih boleh dapat no.1
ataupun budak lain2 tu terlampau bodoh..hehe
entah lah.... amanat dari cikgu Halimi kepada aku agar aku sentiasa bukak mata semasa gugu mengajar dalam kelas... itu yg aku buat....
ReplyDelete