1973
Dengan pencapaian yang langsung tidak dapat dibanggakan oleh kedua Ibu bapa ku, aku kemudian di tukarkan sekolah pada tahun kemasukan darjah tiga aku. Sekolah Kebangsaan Jambu Rias. Ini lah sekolah yang langsung mengubah kehidupan kecil ku. Sekolah yang banyak berjasa dan satu satunya sekolah yang paling hampir dengan rumah aku iaitu setengah jam berjalan kaki. Sekolah ini lah yang membibitkan benih benih keterlangsungan kehidupan aku.
Sekolah Kebangsaan Jambu Rias Sekarang |
Selepas di tukarkan ke sekolah ini, aku memperbaiki kedudukan ku dalam kelas darjah tiga yang mempunyai 24 0rang murid yang sebaya aku. Kesemua mereka adalah dari kampung kami dan kampung kampung berdekatan. Kebanyakan mereka pula memang aku kenali sebelum ini. Semuanya satu geng. Pada setengah tahun pertama, keputusan peperiksaan penggal ku agak boleh diharap kerana aku menduduki ranking top ten. Dan nekad ku akan belajar bersungguh sungguh. Seperti ada Wawasan juga dalam diri ku untuk maju dalam pelajaran. Sekarang aku telah pandai menulis, membaca dan mengira pada masa itu. Tidak kira apa juga keadaannya aku lebih gemar membaca.
Lebih kurang begini lah semasa aku darjah 3 |
Yang lebih aku minat sekali pada waktu itu ialah bermain. Masa ku banyak terluang kerana aku bersekolah hanya sebelah pagi sahaja. Tiada sekolah Ugama atau tiada kegiatan luar kelas pada masa itu. Lepas balik sekolah aku terus menyelinap keluar rumah untuk bermain bersama kawan kawan sekampung. Lebih ramai kawan kawan aku kenali sekarang. Lokasi permainan aku tidak terhad di sekeliling rumah sahaja malah aku bergerak ke kampung kampung bersebelahan untuk bermain. Habis seluruh pelusuk kampung aku jelajahi. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya nama panggilan aku masa itu ATAN. Seluruh kampung memanggil ku dengan panggilan itu. Mungkin masa itu aku berkawan dengan seorang budak yang bernama JANTAN HITAM.
Jantan Hitam
Nama seorang kawan yang tercicir dalam pelajaran. Dia lebih tua tiga tahun dari aku. Susuk tubuh nya besar dan tinggi. wajah nya juga seperti seorang anak india yang digeruni oleh budak budak lain waktu itu. Tapi sayang dia tidak bersekolah disebabkan kedaifan hidup. Dalam umur umur sebegitu dia rajin mencari duit bagi belanja kehidupan seharian seperti menoreh getah dan sebagainya. Dialah salah seorang rakan sepermainan yang sanggup mempertahankan aku dari dibuli oleh budak budak yang lebih besar dari aku. Dia juga akan menunggu aku di luar pagar sekolah setiap hari dan akan menemani aku sehingga sampai ke rumah. Dalam perjalanan balik biasanya banyak perkara perkra yang di ajukan untuk aktiviti permainan pada sebelah petangnya. Dalam perjalanan balik sekolah pula dia akan bertanya kepada ku siapa yang selalu membuli aku semasa di sekolah. Sekiranya ada, dia akan memukul budak tersebut semasa balik sekolah pada keesokan hari nya. Begitulah rutin harian Jantan Hitam dan aku. Kekadang pula aku akan berkelahi dengan rakan sebaya sekiranya ada yang tidak kena pada masa itu. Dialah yang menjadi pelindung sekiranya aku hampir hampir kalah ketika bertumbuk dan bergaduh. Ramai budak budak sekolah pada masa itu tidak mahu berkawan dengan aku dan sehinggakan ibu bapa mereka sendiri pun tidak membenarkan anak anak mereka berkawan dengan aku. Pada masa itu sekiranya aku lalu berhampiran rumah orang orang kampung, Ibu bapa akan menyuruh anak anak mereka masuk ke dalam rumah dan sebutan sebutan yang sering kedengaran adalah "masuk....!!!! setan lalu tu...".
Semakin hari semakin menjadi jadi perangai aku dan aku semakin liar. Banyak perkara perkara yang tidak sepatutnya dilakukan aku lakukan. Bapa ku membiarkan sahaja kelincahan aku habis kuat pun dia akan merotan aku apabila malam menjelma. Ibu ku cuma mendiamkan diri ketika aku di rotan. Aku tidak pernah serik dengan semua itu. Sungguh pun aku berkawan dengan budak yang tidak bersekolah banyak ilmu kemahiran hidup yang aku pelajari. Disamping bermain ada banyak berkara yang menyentuh kehidupan aku pelajarinya.
Sungai Semantan yang terletak 3 batu jauhnya dari rumah biasa kami kunjungi dengan berjalan kaki atau kadang kadang dengan sebuah basikal tua kepunyaan bapa Jantan Hitam. Sungai ini juga adalah sebatang sungai yang dalam dan berarus deras. Ketika air surut dan jernih, sungai ini mempunyai tebing tebing yang berpasir dan sangat cantik, di sini lah tempat tempat orang kampung bermandi manda serta mengambil air minuman.
Rakit Boya untuk kemudahan penduduk menyeberang |
Di Sungai tersebut ada terdapat sebuah rakit boya yang di gunakan oleh orang kampung untuk menyeberang dan membawa hasil tanaman. Aku dan jantan Hitam sering ke sana dan ada kalanya beberapa orang kawan akan mengikuti kami sekali. Makanan seperti Kacang goreng, biskut serta air oren akan dibawa sekali oleh Jantan Hitam. Biasanya dialah yang akan membeli makanan tersebut sebagai penyeri aktiviti kami semua. Jantan Hitam akan mengajar aku berenang ketika itu. Berbagai teknik renangan di ajar setiap kali kami ke sungai tersebut. Antara teknik teknik renangan yang biasa diajar ialah renang anjing, renang kupu kupu, renang katak, kuak lentang, teknik sendeng dan bermacam macam lagi. Pernah beberapa kali kami terserempak dengan seorang mandur yang berkawan baik dengan bapa ku, dan berita aku mandi di sungai disampaikan ke pengetahuan Bapa ku, dan apabila sampai sahaja aku di rumah maka dapatlah aku hadiah seutas rotan. Belakang aku sememangnya telah kematu dan telah lali dengan bekas rotan. Tiada pertanyaan atau nasihat dari Bapa ku tau tau terus sahaja rotan hinggap di belakang ku. Aku sememangnya ketagih untuk berpesta di sungai tersebut, dan pernah juga beberapa kali rakit boya tersebut di putuskan talinya oleh kami. Ini lah jahat nama nya. Sengaja suka melihat rakit tersebut hanyut ditelan arus sungai. Setelah rakit tersebut di putuskan talinya maka lari lah kami semua dengan perasaan gembira tanpa memikirkan akibat dari perbuatan kami. Pernah juga kami hanyutkan perahu orang kampung yang terletak di tepi sungai tanpa sebab.
Orang kampung sememangnya marahkan kami di sebabkan perkara perkara terkutuk yang kami lakukan. Tapi orang kampung tidak berani bersuara disebabkan takut kalau kalau menjadi mangsa kekejaman kami. Ada seorang tua sebaya dengan Bapa ku yang bernama Kang Sani. Berketurunan jawa, dan dia selalu sahaja mencari pasal dengan geng aku termasuk lah aku sendiri. Pernah beberapa kali dia mengancam untuk memukul aku ketika itu. Perkara tersebut diketahui oleh Jantan Hitam dan pada masa yang sama kami berdua merancang satu perkara yang paling kejam.
Basikal kena sangkut di atas pokok Pulasan |
Pada cuti hujung minggu berikutnya aku dengan Jantan Hitam mengendap Kang Sani ketika menoreh di kebunnya. Ketika kelibat Kang Sani sudah tidak kelihatan sdisebalik batang batang getah, Jantan Hitam telah mengambil Basikal Orang Tua tersebut lalu mengandarnya sambil memanjat sebatang pokok Pulasan yang berhampiran. Basikal Orang Tua tersebut di sangkutnya di atas pokok tersebut dengan ketinggian melebihi 20 kaki. Setelah kerja jahat kami selesai kami terus melarikan diri ke kawasan kampung untuk bermain. Sehingga tengah hari apabila aku berdua ke kedai berhampiran terdengar ramai orang kecoh bercerita tentang basikal kena sangkut atas pokok. Ketika aku sampai di kedai tersebut semua orang memandang ke arah kami berdua. Dan kami buat tidak tahu sahaja serta tidak ambil peduli. Orang kampung terus menuduh nuduh kami berdua. Selepas membeli jajan kami berdua beredar dan sambil berjalan pulang, kami bersembang tengang pengalaman yang kami anggap sangat lucu serta bodoh yang telah kami berdua lakukan. Waktu itu aku boleh bayangkan bagaimana kah rupanya Orang tua tersebut menurunkan basikal nya dari pokok.
Tidak tahan dengan perbuatan kami berdua terhadapnya, Kang sani terpaksa mengadu nasib yang menimpa kepada Bapa aku dan Ketua Kampung. Kami berdua di panggil mengadap ketua kampung dan di beri amaran keras dan Bapa aku yang menjadi penjamin aku ketika itu mengenakan denda berat terhadap aku. Aku tidak di beri makan dan tidak dibenarkan memasuki rumah. Aku sememangnya tidak heran dengan semua itu, aku keluar rumah dan bertemu dengan Jantan Hitam dan Surau lama berhampiran kampung kami menjadi spot aku selama seminggu. Jantan Hitam akan membelikan makan minum aku selama tinggal di surau tersebut. Aku di jemput pulang semula ke rumah selepas itu oleh ibu ku sendiri, dan dengan muka selambanya aku balik kerumah.
Aku dan Jantan Hitam semakin berdendam dengan Kang Sani, dan aku merancang lagi untuk mengambil tindakan sewajarnya selepas itu.
Berak dalam cawan getah |
# Ikuti kisah Jantan Hitam Dan Aku pada entri akan datang.
dinrias,
ReplyDeleteJantan Hitam ini sungguh spesel ye. Membaca kisah nye buat kita ternanti nanti apakah yang akan beliau lakukan seterusnye..
Wa tunggu...
Sabar yer Bang.... dah lama Lu tunggu cerita sebenar jantan hitam nie kan?..... wa tak dapat nak tuliskan banyak2 setakat nie.. ada kelapangan sikit wa cerita lagi. Special tu x lah sangat, tapi beliau banyak memberikan aku kekuatan bagi mengejar kehidupan..
DeleteHahahaha...ganas...sungguh ganas. Daripada elok2 jadi budak sekolah pintar, balik2 rumah terus jadi bengong & berak dalam cawan tadah getah XD. Best...best...
ReplyDeleteKalau ingatkan peristiwa tersebut , aku akan ketawa sendirian dan sesekali aku balik kampung, orang kampung akan bercerita kembali detik peristiwa tersebut dan diingati sehingga ke hari ini.... heheheheh...
ReplyDeleteAda satu pertandingan yang sangat istimewa...Berak tengah jalan, pastu tutup dgn daun keladi. Tengok sape punya taik yang kena langgar dengan kereta dulu, akan dikira sebagai pemenang...
ReplyDeleteHaduiiii... yang nie punya bodo punya kerja nie..... hahahahahaah..... dan kerja baling lori balak dengan kayu api.....hahahahha
ReplyDelete