Bermulalah sebuah kehidupan kecil ku yang serba kekurangan dan sejarah kecil ku yang masih segar berlegar di benak fikiran ku. Dalam lingkungan umur 5 tahun aku masih tidak mengerti tentang kepayahan. Mainan ku cuma didorong oleh Abang serta kakak ku. Apa sahaja yang ada semuanya menjadi permainan ku. Dari pot susu cap Junjung sehinggalah Memancing Ulat Puchong memang mainan. Permainan seperti Batu Seremban, Kundang Kundi, Kejar ayam, Polis entry, Memanjat pokok, Berkubang Dalam Paya, memancing Ikan Limbat dan bermacam macam lagi yang aku sendiri sudah lupa akan kewujudan permainan waktu kecil tersebut.
Mainan kanak kanak dahulu |
Alatan Elektrik seperti Television memang tidak terlintas akan kewijudan nya. Cuma radio sahaja menjadi pemangkin berita masa itu. Dapur memasak masih menggunakan kayu api dan peralatan memasak semuaya berwarna hitam oleh asap kayu yang dibakar. Untuk menerangkan kegelapan malam pula, rumah kami ada beberapa biji pelita minyak gas ( Minyak Tanah ). Cuma itu seadanya. ketika musim hujan diantara bulan December hingga ke Januari pernah juga kami sekeluarga makan ubi kayu yang direbus. Pada masa itu lah wajah bapa kami berkerut dan mula risau kerana punca pendapatan terjejas dan sekali gus bekalan makanan menjadi semakin berkurangan.
Pada masa yang sama anak getah bapa ku banyak yang musnah disebabkan oleh gajah liar dan ini menambahkan lagi masalah beliau. Bukan sekadar anak getah, Pisang, Ubi, serta beberapa jenis tanaman kontan lain semuanya musnah. Sekumpulan gajah liar mengancam tanaman dan penduduk kampung kami. Apalah yang dapat dilakukan selain berserah kepada Allah. Sewaktu Gajah datang kami sekeluarga memadamkan semua lampu dan tinggallah kami dalam kegelapan dan menyuruk di ruang ruang rumah yang selamat.
Gajah yang merosakakn tanaman getah |
Pada waktu yang sama kawasan kami masih lagi berada dalam kawasan hitam iaitu kawasan Perintah berkurung ( curfews ). Kominis masih lagi mendominasi kawasan ini. Siapa yang tidak kenal dengan KARAK, Memang tempat kominis bersarang ketika itu. Jadi tidak hairanlah segala aktiviti keluar masuk kampung kami amat terhad iaitu dari pukul 6.00pg hinggalah ke pukul 6.00pm sahaja. Zaman kominis yang menyaksikan kekejaman berada di hujung senjata. Apa lagi yang boleh dilakukan melainkan berserah dan terus berserah kepada yang esa. Tapi masa itu aku masih lagi tidak mengerti apa apa. Ibu bapa ku suruh menyuruk, aku pun menyuruk. Di suruh diam aku pun diam. Beberapa kali aku sendiri terdengar bunyi berbalas balas tembakan berhampiran kampung aku. Apakan daya ianya tidak memberi ku sedikit kegentaran di jiwa kerana aku masih mentah dan tidak mengerti apa apa.
Zaman Kominis |
Dalam pada masa yang sama seorang lagi adik lelaki ku lahir ke dunia, bermakna aku akan kejauhan kasih sayang, maklumlah ada insan baru dalam kehidupan keluarga ku. Adik lelaki masih merah dan dia lah segalanya pada masa itu. Aku masih lagi bermain bersama mainan yang entah apa apa, janji aku leka bermain seharian. Waktu itu tiada sekolah TADIKA atau PRA-SEKOLAH seperti sekarang yang mana semua kanak kanak yang berumur 5 tahun keatas diwajibkan untuk bersekolah. Bermakna aku langsung tidak tahu membaca dan menulis walau ABC dan 123 sekali pun. Justeru itu bila terjumpa benda benda pelik seperti pansil atau pen aku menjadi ghairah untuk cuba menulis di tanah mahu pun di dinding rumah. Paannggggggggggggg.............. kepala ku di tampar oleh bapa ku.. Linangan air mata menjadi tradisi tekad untuk aku belajar menulis dengan abang ku.
Pada masa yang sama sekitar 13 Mei 1969 terjadinya rusuhan kaum. Pada masa itu aku tidak lagi mengerti apa apa cuma yang kedengaran dari mulut bapa aku menyuruh agar kami sekeluarga jangan keluar rumah. Kawasan kampung kami tidak tidak terlibat dengan masalah itu kerana kami di Pahang. Cuma Bapa ku sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
Pada masa yang sama sekitar 13 Mei 1969 terjadinya rusuhan kaum. Pada masa itu aku tidak lagi mengerti apa apa cuma yang kedengaran dari mulut bapa aku menyuruh agar kami sekeluarga jangan keluar rumah. Kawasan kampung kami tidak tidak terlibat dengan masalah itu kerana kami di Pahang. Cuma Bapa ku sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 |
sarangkerengge,
ReplyDeletemasa kita kecil,
ape benda pun kita tidak takut..
kerana ibu bapa ada di sisi..
wa pernah lalui peristiwa 13 mei..
wa pun rasa nye cool je..
bapak wa ada di sebelah..
bapak kita adalah superman...
memang betul tu bang, malah dia memeng percayakan kemampuan kita. kekadang dia akan biarkan kita sendirian dalam sesuatu keadaan yang bukan sepatutnya tempat kita berada. ikuti kisahnya di masa akan datang.
ReplyDelete