Pada tahun 1969 dengan berbekalkan sedikit wang yang dikumpul hasil dari keringat bapa ku sendiri hasil dari kerja kerja yang dilalukan, Bapa ku berjaya membeli sebidang tanah berhampiran Kampung dengan harga RM200.00 berkeluasan 3/4 ekar sebagai tapak rumah keluarga kami. Tanah dalam kawasan kampung memang perlu kerana kemudahan senang didapati seperti Rumah Bidan, Kedai Runcit dan yang paling penting sekali ialah Sekolah Rendah. memang hampir dari rumah kami iaitu kira kira setengah jam berjalan kaki. Rumah kami juga berhampiran jalan utama yang menghubungkan Bentong dengan Temerloh. Kemudahan Pengagkutan awam seperti Bas menjadi pilihan.
|
Bas Lama 1960an |
Sedikit imbasan tahap pengangkutan pada masa itu di mana Bapa ku termasuk lah aku sendiri pernah di bawa berulang alik dari Sekinchan, Selangor ke Karak, Pahang. Dari Sekinchan dengan menaiki bas usang yang bergerak ke Tanjung Karang, Selangor hanya 3 kali sehari. Untuk ke Kuala Selangor pula Bapa ku akan melintas sungai tersebut dengan menaiki feri kecil bagi ke seberang dan naiki Bas lagi untuk ke Pasir Penambang, Kuala Selangor.
|
Rupa Feri Kuala Selangor yang di tarik oleh boat |
Selepas Menaiki feri tersebut dari Kuala Selangor Bapa ku akan mengambil bas ke Batang Berjuntai dan seterusnya bas akan singgah di Rawang sebelum menuju ke Kuala Lumpur iaitu hentian Malacca Street. Sampai di Kuala Lumpur kebiasaannya hari akan malam dan bermalam lah bapa ku di Hentian itu sebelum memulakan perjalan menaiki Bas lagi sehingga ke Bentong.
|
Hentian Malacca Street dahulu |
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bentung mengambil masa kira kira 4 jam disebabkan faktor muka bumi dan jalan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Bentung pada masa itu amat lah teruk sekali. Sepanjang perjalanan yang penuh liku dan gaung gaung dalam itu terpaksa ditempuhi selama 4 jam dan bas akan berhenti rehat di kawasan Genting Sempah dan pada waktu itu para penumpang akan turun makan atau membeli buah tangan seperti Buah Limau, Sayuran atau Kacang Rebus.
|
Jalam Lama Kuala Lumpur - Bentong |
Selepas Berehat dan makan perjalanan di teruskan ke Bentong dengan melalui jalan yang berliku lagi. Ramai yang mabuk dan muntah semasa dalam perjalanan tersebut. Dalam keadaan itu lah aku berpengalaman beberapa kali mengikut Bapa ku berulang alik dari Sekinchan ke Karak, Pahang. Memang teruk perjalanan masa itu. dan aku sendiri hampir hampir tewas dengan dugaan tersebut. Itu baru dugaan perjalanan dan belum lagi dugaan kehidupan yang mencabar.
|
Rumah Papan Atap Rumbia |
Kini Bapa ku bersedia dengan binaan rumah baru iaitu rumah papan yang dipotong sendiri olehnya dan dibantu oleh rakan rakan beliau. Beratapkan daun rumbia atau sagu yang mudah didapati bagi tempat tinggal kami sekeluarga. Alangkah seronoknya kami sekeluarga pada masa itu. Aku pula lebih seronok bermain dengan anak anak jiran yang ramai pada masa itu. Masa tu aku cuma ada seluar pendek lusuh dan tidak berbaju setiap hari mengiringi diri ku. Nyamuk, Agas menjadi teman setia sepermainan. Semua itu telah lali dan sebati dalam diri ku. Abang dan Kakak Ku bersekolah di sekolah kebangsaan dengan berbekalkan telur itik seorang sebiji dan telur itik tersebut akan ditukarkan dengan duit berjumlah 20sen sebiji di kedai berhampiran sekolah. Itu lah belanja harian kedua mereka. Pakaian sekolah mereka berdua hanyalah ala kadar sahaja serta berselipar Jepun. Beg sekolah Abang dan kakak ku dibuat dari rotan yang di anyam.
|
Bakul Rotan Yang Dijadikan Beg Sekolah |
dinrias,
ReplyDeletewa juga berkali2 naik itu feri lama di kuala selangor.
Gambar feri dan malacca street sungguh nostalgik.
Ramai yang tidak tahu kewujudan feri kuala selangor tersebut. Memang nostalgik bagi mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan feri tersebut. Dan Malacca street seperti telah hilang dalam sejarah kuala lumpur dan kesan nya pun sudah tiada lagi sekarang. cuma mereka yang lama sahaja yang taju kewujudan tempat tersebut. dan di situlah aku pernah ditinggalkan sendirian beberapa jam oleh bapa ku, memang menyentuh kalbu beb...
ReplyDelete