Gambar Hiasan |
Seluruh keluarga ku dan seluruh penduduk kampung menjadi hairan dengan pencapaian mendadak aku. Ramai penduduk kampung terbeliak biji mata kerana tidak percaya dengan semua itu berbanding dengan perangai aku di luar waktu sekolah. Budak kalau dah kena sumpah seranah, maki hamun setiap hari mana boleh pandai atau bijak. Begitu lah keadaan aku ketika itu. Aku lihat bapa aku senyum sendirian apabila melihat buku lapuran aku. Mungkin dalam hatinya berkata tidak sia sia menukarkan aku ke sekolah ini.
Kini tiba lah waktu cuti penggal ke tiga dan waktu yang paling aku nanti nantikan. Setiap hari lepas sarapan pagi aku terus menuju ke rumah Jantan Hitam atau pun kebiasaannya Jantan Hitam sedia menunggu aku di tangga rumah untuk pergi bermain atau merayau ke seluruh pelusuk kampung. Suatu hari Jantan Hitam mengajak ku masuk ke hutan berhampiran kawasan kebun getah dengan berbekalkan sebilah parang. Dia mengajak aku mencari pelepah bertam untuk dibuat jebak burung. Aku mengikutnya mencari pokok yang dimaksudkan. Selesai mengambil pelepah pokok terbut, kami pulang ke surau berhampiran kampung dan di situ lah bermulanya operasi kami membuat jebak burung. Jantan hitam mengajarku membuat beberapa jenis jebak burung seperti jebak burung serindit, jebak burung merbah juga jebak burung tekukur.
Jebak burung Serindit |
Kami memerlukan beberapa hari untuk menyiapkan beberapa buah jebak. Kerja kerja mengukur serta memotong pelepah bertam mengambil selalunya masa. Kerja meraut buluh pun akan memakan masa beberapa hari juga sebelum jebak jebak tersebut dapat digunakan sepenuhnya. Selesai sahaja membuat jebak jebak tersebut terus sahaja kami ke belukar berhampiran untuk menahan jebak dan akhirnya banyak burung yang kami dapat. Burung Merbah kebiasaannya kami akan sembelih kemudian dimakan dan Burung Serindit pula kami akan jual dengan harga rm1.00 seekor kepada kawan kawan kami.
Jebak Burung Merbah |
Setelah puas bermain sambil belajar dengan burung burung tersebut kami membuat keputusan berani untuk meneroka lebih dalam lagi hutan berhampiran. Berbekalkan parang sebilah seorang kami memasuki hutan berhampiran kebun getah. Banyak benda baru aku pelajari setibanya dalam hutan tersebut. Sesat dalam hutan sentiasa bermain dalam pemikiran ku. Tapi kelebihan jantan membawa ku dalam hutan memang aku sanjungi. Pacat, agas, dan nyamuk masa itu memang banyak.
Perangkap Kancil |
Kini di hadapan ku hutan belantara dan Jantan hitam kali ini mengajar ku membuat perangkap kancil. dari tugasan menebang anak kayu, mencari rotan dan mengenal daun maya bagi mengumpan kancil semuanya diajar. Beberapa buah perangkap kancil kami siapkan pada hari tersebut dan aktiviti pada hari itu kami tamatkan pada pukul 4.00 petang. Kami berjanji untuk tugasan esok hari iaitu memeriksa perangkap yang di pasang. Perangkap perlu di periksa awal kerana takut kancil akan mati kelaparan atau dimakan oleh binatang buas lain seperti harimau serta ular sawa.
Daun Maya |
Sampai waktu yang dijanjikan pada keesokan harinya aku pergi ke hutan dan memeriksa setiap perangkap yang kami buat. hampir kesemua perangkap yang kami buat di masuki kancil. Kami masukkan kancil kancil tersebut kedalam guni dan di bawa pulang. Setelah hasil dibahagikan, aku mendapat 5 ekor kancil. Sampai di rumah aku masukkan kancil kanci tersebut kedalam reban ayam dan aku bagi makan daun maya. Pada sebelah tengahari waktu bapa ku pulang dari menoreh, terdengar bapa ku bising bising dan mencari aku. Dia tidak marah cuma tidak membenarkan lagi aku ke hutan dan memberitahu ku tentang bahaya di hutan tersebut. Esoknya bapa ku menyembelih kancil kancil tersebut dan ibu aku memasaknya dengan membuat kari.
dinrias..
ReplyDelete..kecik kecik lagi lu dah pandai cari lauk haaa..
sambung cepat sikit haaa..
Tu lah aktiviti sampingan aku bang... permainan yang mendatangkan sedikit sebanyak menafaat ....
Delete