Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, sekadar menonjol kan diri di khalayak rakan blogger. Tiada apa yang misteri atau istimewa tentang Blog ini cuma sekadar mewarnai dunia blogger sahaja. Saya masih hijau dan sangat baru dalam dunia ini. Saya tidak pandai memanin kata bicara yang saya rasakan terlalu asing bagi saya. cuma yang dapat saya sediakan hanyalah barang sekeping dua gambar serta info bagi menyokong kekuatan gambar gambar yang bakal saya tonjolkan didada blog saya nanti.
Sedikit cerita yang berkisar tentang kehidupan masa lampau saya akan saya olah sekali dalam blog ini nanti. Banyak juga gambar gambar yang saya muatkan dalam blog saya ini saya pinjam dari kawan kawan dalam internet. Dan gambar gambar tersebut saya pamirkan di blog saya adalah sebagai contoh kehidupan semasa saya. Sekiranya ada pihak pihak yang tidak gemar atau tidak bersetuju dengan cara saya ini, tuan tuan boleh lah terus menghubungi saya dengan cara menghantar email atau mesej terus kepada saya.
Jika ada sedikit kelapangan dan sekiranya tercetus kembali
minat menulis saya, saya akan sambung lagi dengan cerita cerita tidak menarik dari saya.
Kita sambung sedikit dari apa yang di lihat pada tajuk di atas. "Muka Kanyo Koi" bermaksud "Muka Malu Saya"... dailek atau Loghat sesuatu kawasan. KANYO bermaksud Sempar, Malu yang teramat sangat, segan silu, Apabila berdepan dengan masyarakat atau di khalayak ramai mula lah mencari tempat untuk menyurukkan muka. Perkataan atau ayat ini hanyalah dapat di dengar di bahagian Pahang Barat sahaja dan dalam situasi tertentu sahaja.

Minta tunjuk ajar otai otai sekelian.
Sarangkerengga,
ReplyDeleteIntro hebat pada pengenalan blog Tuan. Saya percaya Tuan mempunyai banyak cerita menarik intuk di kongsi bersama.
Harapan saya minat menulis Tuan akan tercetus semula dan sama2 mewarnai dunia blogging kita.
Terima kasih tuan Ol Rascal kerana sudi singgah di laman blog saya.
Deletememang benar bagai di kata rezeki itu tidak datang bergolek. Kita kena berhijrah untuk mencari pembaharuan diri. Selagi ada usaha, selagi itu lah Allah S.W.T akan hulurkan rezeki pada kita.
Best intro ni. Thumbs up!
ReplyDeletetq Pai kerana sudi mengenali diri ku yang tidak seberapa ini...heheheheh
Delete